PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Ramanan mengagihkan 7,000 bubur lambuk di semua masjid dan bazar Ramadan sekitar kawasan Parlimennya semalam.
“Bubur lambuk bukan sekadar juadah berbuka puasa, tetapi simbol kebersamaan, semangat gotong-royong dan kasih sayang dalam masyarakat.
“Setiap kali Ramadan menjelang, tradisi ini sentiasa mengingatkan kita bahawa keberkatan itu lebih bermakna apabila dikongsi bersama,” katanya dalam kenyataan.
