PUTRAJAYA: Tempoh lapan minggu untuk hakim menyediakan alasan bertulis bagi setiap keputusan mereka perlu dikekalkan walaupun ada rungutan mengenai jumlah kes terlalu banyak, kata Ketua Hakim Malaya Hasnah Hashim yang akan bersara.
“Pada saya, lapan minggu masih boleh dilaksanakan,” katanya apabila ditanya sama ada arahan amalan sedia ada perlu dikaji semula untuk memberi lebih masa kepada hakim menyiapkan alasan penghakiman.
Di kalangan peguam dan hakim, isu kelewatan menyediakan alasan penghakiman ini sudah lama dibangkitkan kerana ada hakim perbicaraan sukar menyiapkan dokumen itu dalam tempoh ditetapkan.
