PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri terus berkurangan kepada 8,353 orang di 132 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 7.15 pagi ini.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurangan kepada 262 orang daripada 96 keluarga pagi ini berbanding 287 malam tadi. Mereka ditempatkan di 37 PPS di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Dungun dan Marang.
Selangor turut mencatatkan penurunan kepada 1,839 mangsa banjir daripada 524 keluarga yang berlindung di 27 PPS di Kuala Selangor, Kuala Langat, Sepang dan Sabak Bernam pagi ini berbanding 1,918 orang malam tadi.
