MatchPoint Times

Home

9 maut nahas bas di Afghanistan

Cover Image for 9 maut nahas bas di Afghanistan

Seramai 35 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terbalik di Wilayah Badghis, barat Afghanistan pada Ahad.

KABUL: Sekurang-kurangnya sembilan terkorban, manakala 35 lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terbalik akibat pemanduan melulu di Wilayah Badghis, barat Afghanistan pada Ahad, lapor Xinhua memetik kenyataan polis tempatan.

Jurucakap Polis Wilayah Badghis, Sadiqullah Sadeqi, berkata nahas itu berlaku di kawasan Sabzak di sepanjang lebuh raya menghubungkan ibu negeri wilayah itu, Qala-e-Naw, ke Wilayah Herat di barat Afghanistan.

Menurutnya, sembilan penumpang termasuk wanita dan kanak-kanak maut di tempat kejadian, 35 mangsa cedera dihantar ke kemudahan kesihatan berhampiran untuk rawatan.

Tags:Afghanistanbaskemalanganmautterbalik


Barcelona return to LaLiga summit with 3-0 win over Levante

The Catalans move one point clear of Real Madrid after a dominant performance against the relegation-threatened club.

🟡Reuters

Citywide travel ban in New York ahead of major US storm

Tens of millions of Americans, from the Washington, D.C. to the northern state of Maine, braced for the winter storm, with heavy snow and gale-force winds expected.

🟡AFP