PETALING JAYA: Adun Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perlis ke-12, menggantikan Adun Sanglang Shukri Ramli yang meletak jawatan pada Khamis atas alasan kesihatan.
Ketua Bersatu Perlis berusia 57 tahun itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau kira-kira 4 petang, lapor Bernama.
Beliau sebelum ini memegang jawatan exco pelancongan dan kebudayaan Perlis di bawah pentadbiran Shukri.
