PETALING JAYA: Seorang pemimpin MCA menyifatkan ketiadaan wakil parti itu dalam rombakan Kabinet mempunyai hikmah tersendiri yang tidak memerlukannya keluar dari kerajaan perpaduan.
Timbalan Ketua Pemuda MCA Mike Chong Yew Chuan berkata keadaan itu membolehkan parti terbabit terus memainkan peranan semak dan imbang yang giat dilakukan terutama Presiden Wee Ka Siong menerusi platform Dewan Rakyat.
Selain Wee yang mewakili Parlimen Ayer Hitam, MCA juga mempunyai seorang lagi wakil di Dewan Rakyat iaitu Ahli Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng.
