PETALING JAYA: Seorang Adun Bersatu menyatakan sokongan kepada Hamzah Zainudin, yang dipecat pada Februari lalu, selepas presiden parti, Muhyiddin Yassin berkata beliau akan menghalang bekas timbalannya itu daripada menyertai semula Perikatan Nasional (PN).
Dalam satu hantaran di Facebook, Dr Aleef Yusof berkata beliau menyokong Hamzah atas prinsip penyatuan parti Melayu dan mahukan penyatuan bangsa Melayu.
“Nampaknya saya tak bersetuju dengan kata-kata Muhyiddin.
