KUALA LUMPUR: Asean kekal sebagai pasaran penting bagi Afrika Selatan memandangkan negara itu berhasrat meningkatkan perdagangan dan pelaburan di rantau ini, kata presidennya Matamela Cyril Ramaphosa.
Beliau berkata Afrika Selatan bersedia untuk saling belajar dan berkongsi kepakaran dengan Asean bagi meningkatkan sektor utama seperti teknologi dan infrastruktur.
“Asean penting bagi kami (Afrika Selatan)… kami mempunyai banyak perkara untuk dikongsikan dengan Asean dan terdapat banyak aktiviti perdagangan antara kami. Kami ingin ia meningkat selain berkongsi kepakaran dengan lebih luas.
