PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan inkues dijalankan ke atas kematian Zara Qairina Mahathir, 13, bulan lalu.
Dalam kenyataan, keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan polis, semalam.
“Prosiding inkues ini bertujuan menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina,” menurut kenyataan sama.