PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menyifatkan kontroversi berhubung majlis makan malam sempena Global Travel Meet anjuran Tourism Malaysia sebagai contoh jelas ‘hipokrasi politik’.
Wakil rakyat DAP itu turut menyokong Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing, yang membenarkan majlis itu diambil alih pihak swasta bagi mendapatkan perjanjian perniagaan berskala besar.
Menurutnya, desakan supaya Tiong meletakkan jawatan adalah tidak berasas kerana majlis itu sebenarnya mencerminkan bentuk kerjasama awam-swasta yang wajar digalakkan demi kemajuan negara.