PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin menyelar Timbalan Presiden MCA, Mah Hang Soon berhubung kenyataan di media sosial yang memperlekehkan 30 Ahli Parlimen DAP melawat ibu pejabat Umno untuk taklimat mengenai pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
Chong berkata, kenyataan Mah itu termasuk penggunaan ayat yang dianggap beliau sebagai lucah adalah satu bentuk penghinaan dan bertujuan menimbulkan perpecahan dalam kerajaan perpaduan.
Beliau berkata taklimat pada 1 Ogos itu, yang dipengerusikan oleh timbalan perdana menteri yang juga Presiden Umno Zahid Hamidi dalam kapasiti sebagai pengerusi Majlis TVET Negara, adalah semata-mata berkaitan hal dasar.