PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen kerajaan meminta peguam negara memberikan penjelasan lebih lengkap berhubung tindakan pendakwa raya menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah Mansor dalam kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.
Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah, berkata penjelasan berhubung asas dan pertimbangan kepada keputusan itu penting bagi memastikan kepercayaan awam dan kedaulatan undang-undang.
Katanya, tindakan itu boleh menimbulkan tanda tanya terhadap ketelusan dan integriti sistem kehakiman, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan individu berprofil tinggi.
