KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) mengumumkan pelantikan Ahmad Radhi Maarof sebagai ketua pengarah baharu berkuat kuasa hari ini.
APAD dalam kenyataan, memaklumkan pelantikan itu selaras dengan komitmen berterusan kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus, memastikan kesinambungan kepimpinan organisasi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan pengangkutan awam darat negara.
“Dengan kepimpinan, pengalaman luas dan kepakaran teknikal yang dimiliki, beliau diyakini mampu menerajui Apad ke arah memperkasakan sistem pengangkutan awam darat yang lebih efisien, bersepadu, mampan dan berfokuskan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia Madani,” menurut kenyataan itu.
