MatchPoint Times

Home

Air, sisa binaan ECRL didakwa penyumbang tanah runtuh di penempatan Orang Asli

Cover Image for Air, sisa binaan ECRL didakwa penyumbang tanah runtuh di penempatan Orang Asli

Lapan keluarga dipindahkan selepas hujan berterusan menyebabkan tanah runtuh setinggi 7.6m libat sebuah kampung Orang Asli di Gombak.

PETALING JAYA: Air dan sisa binaan projek pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang terletak 200m di atas bukit dikatakan menyumbang tanah runtuh Rabu lalu di Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak, dakwa seorang penduduk.

Seorang lagi penduduk, Mahadil Ali, 55, berkata insiden berkenaan merupakan kejadian tanah runtuh pertama sejak penempatan itu dibuka pada 1991.

Beliau mendakwa air dan sisa binaan daripada (ECRL) yang terletak kira-kira 200 meter di atas bukit, yang disalurkan ke laluan air di kampung berkenaan, menjadi antara faktor mempengaruhi struktur tanah kawasan itu.

Tags:bantuanbombaGombakKampung Orang Asli Batu 12PPStanah runtuh


After Hatyai floods, volunteers from Penang stay on to help Thais

More than 50 volunteers have helped to distribute food, clothing and daily necessities to needy Thais, after having first entered Thailand to evacuate stranded Malaysians.

🟡FMT Reporters

McLaren will make ‘practical’ call on team orders in Abu Dhabi, says Zak Brown

The McLaren’s boss said the team will apply common sense, scrap ‘papaya rules’ and guarantee equality and racing freedom.

🟡AFP