MatchPoint Times

Home

Akademia Switzerland enggan subahat genosid, tuntut kerajaan tamat perjanjian dengan Israel

Cover Image for Akademia Switzerland enggan subahat genosid, tuntut kerajaan tamat perjanjian dengan Israel

Lebih 250 ahli akademik berpandangan perkongsian dengan Israel seperti ‘bersubahat dalam jenayah dilakukan di Gaza’.

GENEVA: Lebih 250 ahli akademik di Switzerland menandatangani surat terbuka menggesa kerajaan menamatkan perjanjian penyelidikan dua hala dengan Israel atas kebimbangan terhadap perang di Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

Swissinfo melaporkan bahawa rayuan itu telah dihantar kepada Sekretariat Negara bagi Pendidikan, Penyelidikan dan Inovasi (Seri). Dalam surat berkenaan, penandatangan menyifatkan perkongsian itu sebagai ‘bersubahat dalam jenayah dilakukan di Gaza’ dan menggesa penelitian lebih mendalam terhadap hubungan institusi.

Inisiatif itu diselaraskan oleh Kolektif untuk Kebebasan Akademik, Demokrasi dan Solidariti (Clads), kumpulan ditubuhkan pada 2024 oleh beberapa cendekiawan berpangkalan di Lausanne, termasuk ahli sains iklim Profesor Julia Steinberger, menurut laporan akhbar serantau 24 Heures dan Tribune de Genève.

Tags:akademikperjanjian penyelidikanSwitzerland


‘Hamzah belum kena buang’, kata pemimpin Bersatu

Adun Kota Siputeh, Ashraf Mustaqim Badrul Munir, berkata demikian selepas acara di kediaman Muhyiddin Yassin.

🟡Nur Alif Hazmi

Hamzah not sacked yet, says Bersatu man

Kota Siputeh assemblyman Ashraf Mustaqim Badrul Munir reveals the deputy president’s fate after a gathering at Muhyiddin Yassin’s home.

🟡Nur Alif Hazmi