MatchPoint Times

Home

Akaun Facebook rasmi Bersatu kembali ke kawalan parti selepas digodam

Cover Image for Akaun Facebook rasmi Bersatu kembali ke kawalan parti selepas digodam

Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Harris Idaham Rashid berkata empat pentadbir terlibat ketika tempoh sabotaj dikeluarkan daripada akses pada 12.41 pagi tadi.

PETALING JAYA: Akaun Facebook rasmi Bersatu yang didakwa digodam dan disabotaj kini kembali bawah kawalan penuh pegawai parti, kata Ketua Penerangan Pemuda, Harris Idaham Rashid.

Beliau berkata, empat individu dikenal pasti sebagai pentadbir ketika tempoh sabotaj berkenaan telah dikeluarkan daripada sebarang akses pada 12.41 pagi tadi.

“Tanpa mendedahkan cara, kaedah atau pendekatan yang digunakan, keempat-empat pentadbir yang terlibat ketika tempoh sabotaj tersebut telah berjaya dikeluarkan daripada sebarang akses akaun,” katanya dalam kenyataan.

Tags:BersatuFacebookpartiPegawai


Marseille’s sporting director Benatia quits club

Medhi Benatia’s exit from the crisis-hit French club comes just days after the departure of coach Roberto De Zerbi.

🟡AFP

Umno tak ambil kesempatan krisis parti lain, kata Ahmad Maslan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata parti itu akan terus diperkukuhkan dengan kekuatan sendiri.

🟡FMT Reporters