KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh secara terbuka menyeru kepimpinan tertinggi parti Melayu itu menerima PAS sebagai sekutu baharu dan tidak gentar kembali menjadi pembangkang.
Berucap pada sidang konvensyen khas Pemuda, Akmal berkata sudah sampai masa kedua-dua parti Melayu-Islam terbesar itu bersatu di bawah satu bumbung demi kelangsungan survival bangsa.
“Penyatuan harus dimulakan oleh dua parti terbesar orang Melayu. Penyatuan Umno dan PAS, orang Melayu akan kembali kuat kerana kita orang Melayu adalah majoriti di sini.”
