PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata beliau tidak takut berdepan laporan polis bakal dibuat Pemuda DAP seperti diarahkan Setiausaha Agungnya Loke Siew Fook.
Akmal membidas Loke yang mendakwa beliau mencabar kedaulatan undang-undang kerana tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa dengan meneruskan perarakan di Kepala Batas, semalam.
“Dulu masa zaman kamu pembangkang tetap buat juga, jadi itu pun boleh didakwa ke kerana melanggar arahan ketua polis negara?