ALOR SETAR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) merampas satu konsainan ayam sejuk beku seberat 25,920kg bernilai RM285,120 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.
Ketua Bahagian Biosekuriti AKPS Bukit Kayu Hitam, Rohaimishah Che Me, berkata rampasan pada 8.30 malam itu dilakukan selepas mendapati isu ketidakpadanan dokumen halal semasa pemeriksaan dijalankan.
“Rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan sebuah kontena yang diisytiharkan membawa ayam sejuk beku melalui pintu masuk Bukit Kayu Hitam.
