PETALING JAYA: Sisa elektronik seberat 201,303kg dirampas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Pelabuhan Klang Barat, hari ini.
Rampasan membabitkan barangan terpakai seperti unit pemprosesan pusat (CPU), pencetak dan mesin fotostat dari Amerika Syarikat (AS)
Komander AKPS Pelabuhan Klang, Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata rampasan dibuat selepas pemeriksaan ke atas 10 kontena di tapak pemeriksaan kontena CFS 4 Pelabuhan Klang Barat, jam 10.45 pagi.
