PETALING JAYA: Bekas peguam M Ravi, yang terkenal kerana mewakili banduan hukuman mati di Singapura serta perjuangannya untuk memansuhkan hukuman mati, meninggal dunia pada usia 56 tahun.
Menurut saluran berita CNA, kematian Ravi disahkan oleh rakan-rakannya hari ini tetapi punca kematian beliau masih belum didedahkan.
Dilahirkan pada 1969, Ravi berkhidmat sebagai peguam selama lebih 25 tahun. Beliau merupakan graduan Universiti Nasional Singapura dan Universiti Cardiff sebelum diterima masuk ke Badan Peguam pada 1996, menurut Encyclopaedia of Singapore Tamils.
