PETALING JAYA: Panglima Tentera Udara, Muhamad Norazlan Aris berkata siasatan ke atas dakwaan aktiviti tidak bermoral membabitkan 21 pegawainya sudah siap.
Selepas menyerahkan laporan itu, katanya, ia akan merujuk Cawangan Perundangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk meneliti jenis kesalahan dan peruntukan undang-undang bagi setiap pertuduhan.
Beliau berkata, 21 pegawai dari Pangkalan Udara Subang itu disiasat atas pelbagai kesalahan dan siasatan turut melihat kepada pangkalan atau unit lain.
