PETALING JAYA: Penganalisis melihat persamaan antara DAP dengan pihak-pihak yang menggunakan imej ‘hardline’ sebagai alasan untuk tidak memberi peluang kepada PAS menerajui Perikatan Nasional (PN).
Malah, Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia berkata alasan itu tidak relevan memandangkan persiapan PN untuk PRU16 melibatkan akar umbi dan jentera PAS.
“Menggunakan taktik menakutkan pengundi bukan Melayu terhadap PAS membuatkan parti-parti ini tiada bezanya dengan DAP yang juga menggunakan taktik sama,” katanya kepada FMT.
