JOHOR BAHRU: Bunyi piano lazimnya mengalun merdu untuk menghiburkan telinga pendengar, mengisi ruang majlis atau menenangkan jiwa.
Namun, bagi Loke Kim Yen alunan kekunci hitam putih itu membawa makna lebih mendalam sebagai sumber rezeki dan kekuatan untuk meneruskan hidup bersama dua anaknya selepas kehilangan suami.
Di sebuah rumah di Jalan Merak, Larkin Jaya, di sini, Loke, 51, membesarkan anak-anaknya dengan penuh ketabahan sejak suaminya, Soh Kek Yong, meninggal dunia akibat Covid-19 pada September 2021.
