PETALING JAYA: Bekas pengetua dijatuhi hukuman penjara 15 tahun selepas Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu mensabitkan kesalahan melibatkan 13 pertuduhan berkomunikasi secara seksual, amang seksual, dan merogol pelajarnya, antara November 2020 hingga November 2021.
Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan terhadap tertuduh, Rosli Abd Rahman, 60, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa berkomunikasi secara seksual dengan mangsa ketika itu berusia 16 tahun. Tertuduh turut berdepan pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama.