SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari sekali lagi menegaskan hasratnya kekal menerajui pentadbiran negeri sehingga tamat penggal, meskipun ada laporan media menyebut beliau antara tokoh politik sesuai dilantik sebagai menteri Persekutuan.
Mengulas laporan itu menjelang rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat, naib presiden PKR itu berkata beliau mahu menyempurnakan pelbagai perancangan pembangunan untuk Selangor.
“Lebih baik saya sempurnakan kerja di sini untuk memastikan kita kembali menang dengan signifikan selain melengkapkan perancangan sedia ada,” katanya selepas satu majlis.
