SHAH ALAM: Dua beranak yang mengamuk di sebuah flat di Klang pada Rabu lepas dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk pemantauan lanjut.
Ketua Polis Klang Selatan, Ramli Kasa, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada seorang lelaki ketika ingin mengambil adik perempuan di flat itu pada 7.50 malam.
“Bapa serta teman lelaki kepada adik perempuannya difahamkan tiba-tiba mengamuk semasa mengadakan perbincangan sebelum suspek berusia 46 dan 20 tahun berjaya ditenangkan polis.
