SHAH ALAM: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, memohon penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan dengan alasan terdapat keadaan khas melibatkan seorang lagi anaknya yang juga autistik.
Peguamnya, Haresh Mahadevan, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa anak lelakinya yang berusia enam tahun itu memerlukan penjagaan, pemantauan rapi dan sokongan emosi berterusan daripada ibu kandungnya.
“Jika permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman ini tidak dibenarkan, ia boleh menjejaskan keadaan kanak-kanak itu dan berpotensi menyebabkan tekanan emosi, kemerosotan perkembangan serta kemurungan,” katanya.
