KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan saman RM7.6 juta oleh Maxop Energy Sdn Bhd terhadap Petronas Dagangan Bhd (PDB) berhubung pertikaian penjualan terminal bahan api Sibu.
Hakim Su Tiang Joo berkata, pihak-pihak memasuki kontrak yang mengikat dan boleh dikuatkuasakan bagi penjualan terminal berkenaan.
Dalam penghakiman lisannya hari ini, Su berkata, PDB yang juga anak syarikat Petronas, secara salah enggan meneruskan transaksi itu.
