PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh membidas Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) susulan hasrat menggantung jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, yang meluahkan kekecewaannya kerana belum menerima insentif RM60,000 seperti dijanjikan.
Beliau berkata, Cheah tidak ada melanggar mana-mana garis disiplin, sebaliknya punca itu berlaku akibat kelewatan MPM sendiri.
“Ini bukan cara kita melayan atlet yang telah mengangkat nama Malaysia di persada dunia.