
Singapura menyahrahsiakan apa yang dipanggil The Albatross Files. Fail itu mengandungi dokumen disimpan oleh Goh Keng Swee, orang kanan Lee Kuan Yew. Goh juga mengumpul catatan beliau. Dokumen dan catatan itu mengenai detik-detik penting, genting dan tegang menjelang perpisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia pada Ogos 1965.
Semua dibukukan setebal 487 muka surat dan diberi tajuk ‘The Albatross File: Inside Separation’. Pada 7 Disember lalu, buku itu dilancar bekas perdana menteri Singapura, Lee Hsien Loong, yang merupakan anak Lee Kuan Yew.
