SEPANG: Anggota polis yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di kawasan Klinik Desa Giching di sini, Jumaat lalu, ditemui lemas.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata mangsa ditemui 7.30 pagi tadi oleh anggota polis dan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
“Polis dan JBPM menemui mangsa pada jarak kira-kira 50m dari kenderaan,” katanya kepada pemberita di sini.
