JOHOR BAHRU: Insiden seorang lelaki ditampar anggota polis di sebuah stesen minyak di Taman Perling, Johor, pada Ahad lalu dipercayai berlaku secara spontan ketika anggota terbabit menjalankan tugas dalam operasi trafik.
Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad, berkata anggota yang sedang bercuti itu dipercayai dipanggil bertugas bagi satu operasi membanteras aktiviti rempit di sekitar kawasan itu.
“Pada hari kejadian, satu operasi motosikal sedang dijalankan oleh IPD Johor Bahru Utara. Operasi ini bertujuan membanteras aktiviti rempit di kawasan itu dan anggota terbabit seorang daripada yang membantu operasi.
