PETALING JAYA: Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu membatalkan petisyen mencabar kemenangan calon Barisan Nasional, Anil Jeet Singh di kerusi Kunak susulan bantahan awal.
The Borneo Post melaporkan Anil memfailkan bantahan awal untuk membatalkan petisyen pilihan raya atas alasan undang-undang dan prosedur, dengan berkata ia gagal mematuhi beberapa keperluan mandatori bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954 dan undang-undang pilihan raya berkaitan.
Petisyen itu difailkan pengundi Bustan @ Industan Lumantang yang mempersoalkan kesahihan pilihan raya dengan mendakwa beberapa kertas undi mempunyai nombor siri sama di salah satu saluran mengundi di SMK Kunak Jaya.
