
Macam biasa, warganet kita di media sosial memang tak akan berhenti bertekak sebab kita sentiasa sahaja ada isu untuk diperkatakan. Menjelang Ramadan minggu lepas, apabila mendapat tahu ejaan yang betul seperti dicatat di dalam Kamus Dewan ialah ‘Ramadan’, bukannya ‘Ramadhan’ seperti selalu dieja, sekali lagi warganet bising.
“Bukankah kita dah biasa eja Ramadhan? Ia huruf dhod, bukannya huruf dal. Mestilah ejaannya Ramadhan!” sungut kakak yang kerap hadir solat tarawih di masjid tetapi malas hendak berganjak dari tempatnya apabila diminta ke depan untuk penuhkan saf.
