PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa Thailand dan Kemboja menghentikan permusuhan rentas sempadan mulai 10 malam waktu tempatan hari ini, dengan pasukan pemerhati Asean akan memantau keadaan di lapangan.
Anwar memaklumkan, beliau menyuarakan gesaan itu menerusi panggilan telefon berasingan kepada Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatannya dari Kemboja, Hun Manet.
“Saya menyuarakan kebimbangan serius Malaysia serta menggesa kedua-dua pihak agar menghentikan segala bentuk permusuhan, dan tidak melakukan sebarang tindakan ketenteraan lanjut, termasuk penggunaan kekerasan atau menggerakkan pasukan bersenjata ke barisan hadapan, berkuat kuasa pada 10 malam, 13 Dis 2025 (UTC+7).
