KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berdepan tekanan daripada partinya sendiri, iaitu PKR, disebabkan hubungannya dengan Umno dalam gabungan kerajaan, kata Presiden Umno Zahid Hamidi.
Zahid berkata, Anwar terpaksa menguruskan pelbagai tuntutan daripada rakan gabungan, malah daripada partinya sendiri, memandangkan kerajaan perpaduan pimpinannya dianggotai pelbagai pakatan.
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa Anwar menerima tekanan daripada pemimpin partinya sendiri semasa pemukiman PKR.
