KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth di Singapura semasa lawatan kerja singkat beliau ke republik itu.
Menerusi hantaran di Facebook, perdana menteri berkata antara perkara dibincang pada pertemuan itu ialah usaha meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan dan maritim selain menzahirkan penghargaan atas penglibatan AS di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) baru-baru ini.
Anwar berkata semasa lawatan kerja ke Singapura, beliau turut menerima kunjungan hormat daripada Presiden Boeing Global, Brendan Nelson.