KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berhubung konflik Kemboja-Thailand.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, perkara itu dibincangkan semasa beliau menerima panggilan telefon daripada Trump, yang turut membangkitkan hubungan dua hala serta isu global menjadi kepentingan bersama.
“Berhubung ketegangan di sempadan Kemboja-Thailand, saya menjelaskan peranan Malaysia menggesa kedua-dua negara bertenang dan kembali ke meja rundingan melalui dialog serta mekanisme dua hala dan Asean.
