PETALING JAYA: Keluarga kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) yang meninggal dunia ketika latihan pada Julai tahun lepas menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) memberikan kemas kini berhubung siasatan polis.
Peguam yang mewakili keluarga Syamsul Haris Shamsudin berkata, sehingga kini tiada perkembangan baharu selepas AGC mengarahkan polis menyiasat kematian pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu pada 2 Dis lepas.
Naran Singh memberitahu FMT, semakan dengan pegawai penyiasat mendapati kertas siasatan sudahpun diserahkan kepada AGC.
