PETALING JAYA: Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Armizan Mohd Ali menggesa Sabah dan Sarawak membentuk blok bersatu yang teguh, bukan sekadar untuk mencukupkan bilangan membentuk kerajaan, tetapi sebagai penggerak agenda utama Putrajaya.
Sabah dan Sarawak memegang sejumlah 56 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, dengan Sabah 25 kerusi dan Sarawak 31.
Beliau berkata, berdasarkan keputusan PRU lepas dan landskap politik semasa, tiada mana-mana gabungan tunggal mampu membentuk kerajaan yang stabil dengan sendirinya.
