KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata AS akan mengenakan tarif global sebanyak 10% di bawah Seksyen 122 sebagai tambahan kepada tarif biasa yang dikenakan ketika ini.
Trump berkata, beliau akan menandatangani perintah itu dan memulakan beberapa siasatan di bawah Seksyen 301 serta siasatan lain untuk melindungi negara itu daripada amalan perdagangan yang tidak adil.
“Sehubungan itu, berkuat kuasa serta-merta, semua tarif Keselamatan Negara, Seksyen 232, dan tarif Seksyen 301 sedia ada kekal dilaksanakan dan berkuat kuasa sepenuhnya,” katanya menerusi akaun Truth Social beliau pada Jumaat selepas keputusan Mahkamah Agung AS pada hari sama membatalkan tarif timbal balas dikenakan presiden itu.
