MatchPoint Times

Home

AS henti sementara proses visa 75 negara

Cover Image for AS henti sementara proses visa 75 negara

Penggantungan itu akan bermula pada 21 Jan dan akan diteruskan untuk tempoh yang tidak ditetapkan.

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara semua pemprosesan visa bagi 75 negara, termasuk Somalia, Rusia, Afghanistan, Brazil, Iran, Iraq, Mesir, Nigeria, Thailand dan Yaman, lapor Xinhua memetik laporan Fox News pada Rabu.

Penggantungan itu akan bermula pada 21 Jan dan akan diteruskan untuk tempoh yang tidak ditetapkan sehingga jabatan berkenaan menjalankan penilaian semula terhadap proses pemprosesan visa, menurut laporan itu.

Perkembangan terbaru itu dibuat sehari selepas Rumah Putih mengumumkan penamatan status perlindungan sementara (TPS) untuk pendatang Somalia susulan dakwaan penipuan di Minnesota.

Tags:75 negaraAShentiJabatan Negarapemprosesan visa


Nobel winner Ebadi suggests ‘targeted’ US action against Iran leaders

Iranian Nobel Peace Prize winner Shirin Ebadi said Iranians are not calling for war, but for concrete measures to stop civilian killings.

🟡AFP

Lelaki ditahan ugut bunuh anak 2 tahun

Polis berkata suspek membawa mangsa ke tepi jeti dan dipercayai memegang serpihan botol kaca pecah, sebelum mengugut mahu membunuh anaknya.

🟡FMT Reporters