ANKARA: Amerika Syarikat (AS) secara rasmi menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekali gus menamatkan keahlian selama hampir 78 tahun dalam agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu, menurut pegawai AS, lapor Anadolu Ajansi.
Penarikan diri itu berkuat kuasa 22 Jan, susulan tempoh notis satu tahun yang diperlukan di bawah peraturan antarabangsa.
Dalam kenyataan bersama mengumumkan langkah itu, Setiausaha Negara Marco Rubio dan Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Robert F Kennedy Jr menyatakan bahawa AS menarik diri daripada WHO dan membebaskan dirinya daripada kekangan organisasi tersebut.
