MatchPoint Times

Home

AS rampas 9 tan kokain

Cover Image for AS rampas 9 tan kokain

Rampasan daripada sebuah kapal merupakan yang terbesar dalam tempoh dua dekad.

ISTANBUL: Sebuah kapal pengawal pantai Amerika Syarikat (AS) merampas lebih 20,000 paun (kira-kira 9,070kg) kokain daripada sebuah kapal minggu ini, merupakan rampasan dadah terbesar di laut dalam tempoh hampir dua dekad, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut pengawal pantai AS, kru kapal Munro, sebuah kapal peronda berpangkalan di Alameda, California dan beroperasi di Pasifik, melakukan rampasan itu ketika operasi memerangi dadah di Pasifik Timur.

Rampasan itu berlaku ketika Operasi Pacific Viper, inisiatif pentadbiran Trump untuk mengganggu aliran penyeludupan dadah merentasi Lautan Pasifik.

Tags:ASkokainpengawal pantai


2 teachers testify on first day of Zara bullying case

Five teenagers are accused of using abusive words against former Form One student Zara Qairina Mahathir.

🟡Bernama

Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman Dagang Net

Keputusan 5 Dis sahkan dapatan pelanggaran yang dikeluarkan terhadap Dagang Net pada 2021 dan iktiraf kredibiliti tindakan penguatkuasaan.

🟡Bernama