SUBANG JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Kesatuan Eropah (EU) kini berhasrat mempercepat rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Asean susulan pengumuman tarif besar-besaran oleh Amerika Syarikat awal bulan ini.
Beliau berkata, pada mulanya EU agak ragu-ragu untuk menandatangani perjanjian dengan Asean, namun kini telah meminta Asean mempercepatkan proses rundingan tersebut.
“Jadi kita harus laju,” kata Anwar.