PETALING JAYA: Negara anggota akan menyelaras beberapa langkah bersama bagi memperkukuh usaha menangani cabaran media sosial selepas Sidang Kemuncak Asean ke-47 yang dijadual berlangsung pada 26 hingga 28 Okt ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata penyelarasan itu akan dilaksanakan melalui Deklarasi Kuala Lumpur mengenai penggunaan media sosial yang lebih bertanggungjawab dan dijangka menjadi antara dokumen utama diterima pakai pada sidang kemuncak berkenaan.
“Penerimaan Deklarasi Kuala Lumpur ini hasil daripada perbincangan dalam kalangan menteri-menteri yang bertanggungjawab ke atas penerangan, antara Ministers Responsible for Information pada Mei lalu di Bandar Seri Begawan (Brunei).