PETALING JAYA: Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki wajar menggantikan Fadhlina Sidek sebagai menteri pendidikan, yang didakwa gagal menangani isu buli di sekolah dengan berkesan.
Merujuk kes di Melaka bulan lepas, Afnan berkata, Asyraf bertindak pantas membuang enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) selepas mereka didapati terlibat dalam kegiatan buli.
“Saya rasa (Asyraf) patut jadi menteri pendidikan. Satu-satunya masalah adalah beliau belum menang (kerusi Parlimen),” kata Ahli Parlimen PAS itu pada sidang media di Parlimen hari ini, lapor Malaysiakini