PETALING JAYA: Panglima Angkatan Tentera, Mohd Nizam Jaffar berkata pembelian empat buah helikopter Black Hawk dengan nilai kontrak kira-kira RM187 juta telah dibatalkan.
Nizam berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya cadangan pembelian helikopter Black Hawk berusia lebih 30 tahun dibatalkan, lapor Utusan Malaysia.
“ATM sentiasa menjunjung dan akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan pembelian helikopter Black Hawk lama yang kebanyakannya berusia lebih 30 tahun.