PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah mempunyai badan yang mengurus kebajikan dalam membantu keluarga anggota terlibat, termasuk membabitkan kes kematian.
Presiden Persatuan Kor Pegawai Bersara Angkatan Tentera (Rafoc), Abdul Aziz Ibrahim, berkata isu keluarga anggota yang meninggal dunia diabaikan tidak sepatutnya timbul memandangkan pasukan itu telah menyediakan peraturan bagi membela kebajikan mereka.
“Jika seseorang askar mati dalam perkhidmatan, orang tanggungannya boleh diberi pencen terbitan dan ganjaran.
